Sejarah Penubuhan Syarikat Kami

S

yarikat ini ditubuhkan secara rasminya pada tahun 2016. Berbekalkan pengalaman sejak 2007 sebagai freelancer, kami mengorak langkah ke depan dengan membekalkan perkhidmatan membina laman web, aplikasi dan pemasaran online yang terbaik kepada usahawan-usahawan, syarikat-syarikat dan individu dengan harga yang sangat berpatutan.

Menyedari kekangan yang dihadapi oleh usahawan dan peniaga online iaitu bajet dan juga skil dalam mengurus laman web, kami cuba menyelesaikan masalah tersebut dengan menawarkan perkhidmatan yang mampu milik tetapi dengan kualiti yang setanding atau lebih daripada pesaing kami.

Bukan setakat mengurus laman web pelanggan dari A-Z sahaja, kami juga memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada pelanggan melalui tutorial dan perbincangan. Pasukan kami juga bersedia 24 jam sehari untuk memastikan perniagaan pelanggan sentiasa berada pada tahap terbaik dan berfungsi dengan baik. Laman web pelanggan juga sentiasa dibackup dan dikemaskini dengan ciri-ciri keselamatan yang tinggi bagi mengelak dari serangan virus, malware dan penggodam.

The Right People In The Right Jobs

Kepakaran . Kepercayaan . Kejujuran . Keupayaan

Tukar Prospek kepada Pelanggan Anda

Dengan rekaan profesional dan mesra pengguna memberi keyakinan kepada bakal pelanggan membeli perkhidmatan / produk anda.